Wednesday, May 25, 2011

-Nasib Bahasaku-

OGOS 1957,
Laungan keramat didengari,
Diseluruh pelusuk tanah airku,
Kelihatan berduyun-duyun,
Manusia menyambutnya dengan KEMERDEKAAN!!

Namun,
Sedekad sudah berlalu,
Kehebatan bahasaku,
Nadi jiwa bangsaku,
Hanya termaktub dalam AKTA,
Tiadanya penekanan,
Agar tidak lupus bahasaku itu.

Masa demi masa,
Ianya hampir dipinggirkan,
Ku lihat hampir dimana-mana,
Bahasaku dimamah BAHASA PENJAJAH,
DAHULUNYA HANYA BAHASA PARA PETANI.

Bahasaku,
Kini hanya umpama bunga yang hampir layu,
Jika tidak,
Dibajai,
Disirami,
Kelopaknya pasti akan gugur,
Satu per satu,
Merrenggut lambang kekuatan warisan zaman.

Wahai anak bangsaku,
Adakah engkau lupa akan kata-kata Hang Tuah,
TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA!
Siapalah kita ini,
Jika kita alpa,
Akan kepentingan bahasa jiwa bangsa.

Harapanku,
Agar keindahan bahasaku,
Tidak luntur,
Ianya tersemat disetiap jiwa anak bangsa,
Moga ianya tidak pupus dek arus globalisasi,
Dan kata-kata Hang Tuah,
Tidak hanya menjadi catatan sejarah.

6 comments: