Saturday, July 16, 2011

bosan...

ianya kadang2 merupakan bnd yang pling kite benci...
tpi bile kenang2 balik ianya satu keadaan dimana..
kite harus duduk muhsabah kan diri..
terutamanya:

a. tentang diri kita.. (apakah kita sudah sampai makna DIHIDUPKAN ke alam ini)
b. tentang nikmat2 yg buat kite alpa akan diri ini...
c. tentang target dalam hidup ini...
d. pkir2la sendiri, sbb malas da nak taip... kalau nak buat list,panjang gile..

Sunday, June 12, 2011

.:korean food:. ^^

yeah,lame dah xupdate blog kan...
sini2,den hidangkan dgn review ttg makanan korea...

nie aderla pencecah kot???
ala,mcm kite makan mee goreng ngan cili jeruk...
yg lain2 xtau namenyer, cume yg paling kiri..
itulah KIMCHI..

inilah KIMCHI dari jarak dekat...

nie pula pembuka selera...
namanya HODDUCK...
manis sgt,mcm roti canai berintikan kacang merah n gula melaka...
manis kan??

ini pula GIMBAB, ala2 sushi...
tpi sedap... :)

dan ini adalah menu utama...
DAKGALBI DOPBAB namanya...
ianya seperti nasi goreng paprik jer...
cume nasinyer berlainan sbb die pakai nasi yg buat sushi kot??
maafla, tue dah lapar sgt dah tue...
dah menyuap bru igt nak ambik gmbr...
hahahaha!!

inilah hasilnya....
kenyang..!!

Wednesday, May 25, 2011

-Nasib Bahasaku-

OGOS 1957,
Laungan keramat didengari,
Diseluruh pelusuk tanah airku,
Kelihatan berduyun-duyun,
Manusia menyambutnya dengan KEMERDEKAAN!!

Namun,
Sedekad sudah berlalu,
Kehebatan bahasaku,
Nadi jiwa bangsaku,
Hanya termaktub dalam AKTA,
Tiadanya penekanan,
Agar tidak lupus bahasaku itu.

Masa demi masa,
Ianya hampir dipinggirkan,
Ku lihat hampir dimana-mana,
Bahasaku dimamah BAHASA PENJAJAH,
DAHULUNYA HANYA BAHASA PARA PETANI.

Bahasaku,
Kini hanya umpama bunga yang hampir layu,
Jika tidak,
Dibajai,
Disirami,
Kelopaknya pasti akan gugur,
Satu per satu,
Merrenggut lambang kekuatan warisan zaman.

Wahai anak bangsaku,
Adakah engkau lupa akan kata-kata Hang Tuah,
TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA!
Siapalah kita ini,
Jika kita alpa,
Akan kepentingan bahasa jiwa bangsa.

Harapanku,
Agar keindahan bahasaku,
Tidak luntur,
Ianya tersemat disetiap jiwa anak bangsa,
Moga ianya tidak pupus dek arus globalisasi,
Dan kata-kata Hang Tuah,
Tidak hanya menjadi catatan sejarah.